Nama : Nur Anastatia
Kelas : 3EA13
NPM : 15210115
Karangan
Jenis Laporan
Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar
atau dilihat.
Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan
butir-butir yang munasabah atau lojik.
Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah
penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan
setiausaha.
Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta
kesan lawatan terhadap pembelajaran.
Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Tajuk Laporan :
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar
semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua
baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan
dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan Pelapor : Ditulis di sebelah kiri
selepas perenggan terakhir.
Tarikh
: Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan
pelapor.
Tandatangan Pelapor : Ditulis di sebelah kiri
bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.
Nama Pelapor
: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
tandatangan.
Jawatan
Pelapor : Ditulis di sudut kiri
bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya
.
Seterusnya : Ditulis nama persatuan yang
diwakili
Contoh Karangan Laporan :
Tajuk :
Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda
dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan
oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota
persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) kegiatan-peraduan menulis
esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -pensyarah dari
USM
c) gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan
Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
Persatuan
Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini
berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga
Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan
ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan
ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan
tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami
jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan
terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh
Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga
menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh
pensyarah dari Universiti Malaysia.
Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan
menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti
penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat.
Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan
yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di
situ.
Pada
keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan
.Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini
Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan
oleh,
25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah
format, - tolak 3 markah )
a] tajuk / perkara (
jika tiada
- tolak 1 markah )
b] nama
pelapor ( jika tiada
- tolak 1 markah )
- boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa
/ catatan
Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan
Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah
diminta membuat laporan tersebut.
LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15
hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.
Tujuan
kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid. Di samping itu,
kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa
kebangsaan.
Sempena
kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4,
5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca
sajak dan bercerita.
Pada hari
penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah
berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap
pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Disediakan oleh,
Osman
……………………
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/klaporan.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar